Aktiviti Program Pembangunan Usahawan Akademi NORIZ

image

Berbagai aktiviti yang disediakan oleh Akademi NORIZ dalam usaha mencapai matlamat Membina Masyarakat Usahawan dikalangan Belia dan Masyarakat.

Kursus Kemahiran jahitan
– Kelas Jahitan
Kursus Pembentukan Usahawan
– Kerjasama Bersama Kementerian
Kursus Bina Profail
– Khusus kepada Ahli Komuniti Akademi NORIZ
Kursus Pemasaran Online
– Khusus kepada Ahli Komuniti Akademi NORIZ
Kursus Photoshoot Dan iklan
– Khusus kepada Ahli Komuniti Akademi NORIZ
Peluang Perniagaan ( Ejen Dropship.)
– Dibuka kepada semua

Daftar Sebagai Rakan Niaga ( Ejen Dropship) Komuniti Akademi NORIZ.

Pm ‘ Kami Berminat Menjadi Rakan Niaga ( Ejen Dropship ) ‘ dan kami akan hantarkan maklumat dan sebagainya kepada anda.melalui WhatsApp anda.

Sila hubungi kami untuk.mendapatkan maklumat lanjut di talian Hotline kami. :

Akademi NORIZ
+ (6) 011-1229 5558 / + (6) 016-614 6605

PersonaNORIZ Boutique & Gallery.
+ (6) 011-1229 5558 / + (6) 016-614 6605

Kelas Jahitan NorizDeFashion

image

image

Kelas Jahitan Noriz De Fashion menawarkan pakej kelas jahitan mengikut kesesuaian masa anda. Dari peringkat Asas, Pakaian.Wanita, Pakaian Lelaki dan banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut….sila hubungi / WhatsApp untuk temujanji :

NorizDeFashion – Coaching
+6011-1229 5558 / +6016-614 6605

By RISALAHRAUDHAH_Signature™

FADHILAT DAN KHASIAT Al-Fatihah

Al-fatihah

 

 

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahanDi antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

1.     Memperolehi Hikmah

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akanmemperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

2.     Hajat Tertunai

a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.

b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang solehberkat surah Al-Fatihah.

3.     Keperluan Dipenuhi

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhulima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaandan sebagainya.

.

b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doaberikut:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”

4.     Mudahkan Rezeki

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”

b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kalidansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.

5.     Keselamatan

Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidurSurah ’Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka,selain daripada ajal.